Thursday 24 December 2015

Selamat Hari Krismas dari J3 Homestay Tawau



Selamat Hari Krismas dari kami di J3 Homestay Tawau. Sebagai rakyat Malaysia yang duduk di negara yang berbilang bangsa, agama dan keturunan; adalah menjadi satu kebanggaan pada kita kerana dapat merayakan pelbagai jenis perayaan di negara kita ini.

Janganlah kerana perbezaan kita berpecah-belah, tapi jadikanlah perbezaan itu sebagai satu keunikan yang menyatukan kita semua. Kami di J3 Homestay Tawau berbesar hati mengucapkan selamat Hari Krismas kepada semua rakan-rakan di seluruh Malaysia yang merayakan Hari Krismas. Semoga sambutan Krismas 2015 disambut dengan meriah disamping Keluarga yang tersayang. Merry Christmas ya kawan2 ;)


Online Booking: J3 Homestay Online Booking Form
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
Instagram: @j3_homestaytawau

Friday 11 December 2015

Perlukan homestay bajet di Tawau?

Budget homestay in Tawau

Perlukan homestay bajet di Tawau? Hubungi kami di J3 Homestay Tawau di talian 013-5499-359. Tapi tahun ini penuh sudah ya. Untuk yang memerlukan homestay pada tahun hadapan, boleh lah buat tempahan awal-awal. Jangan buat tempahan last minit, bahaya tu. Macam sekarang ni, ramai sangat orang call setiap hari bertanyakan homestay, tapi maaf sangat-sangat kerana homestay kami memang sudah fully booked untuk bulan Disember ini. Ada yang tanya, 1 saja ke homestay? untuk makluman, kami ada 2 homestay, tapi satu sudah kami pajakkan kepada penyewa secara long term.

Memandangkan ramai yang selalu terlepas booking dengan J3 Homestay Tawau, maka kami mengambil inisiatif untuk menambah lagi bilangan homestay kami mulai tahun hadapan. Setakat ini, perkara ini masih dalam peringkat awal perancangan. Tapi target kami adalah untuk mereka yang mempunyai bajet dibawah RM150/mlm. Kalau semua terjadi seperti yang dirancang, J3 Homestay versi mega bajet akan dilancarkan pada Februari 2016 nanti. Apa-apa pun, tunggu pengumuman rasmi dari kami di laman blog ini ya.

Harapan kami, dengan adanya homestay bajet ini, lebih ramai lagi orang yang dapat menjimatkan perbelanjaan semasa bercuti di Tawau. Kami akan cuba yang terbaik untuk anda semua. Jadi sekiranya anda ada perancangan untuk datang ke Tawau tahun hadapan, jangan segan jangan malu, hubungi kami segera di talian 013-5499-359 untuk membuat tempahan. Anda juga boleh membuat tempahan secara online dengan menekan butang tempahan online di sebelah kanan atas laman blog ini. Siapa cepat, dia dapat ;)


Tempah Homestay Anda Sekarang
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
Instagram: @j3_homestaytawau

Saturday 28 November 2015

Sewa Homestay Tawau Long Term

Sewa Homestay Tawau Murah


Beberapa minggu ni ramai yang menghubungi J3 Homestay Tawau bertanyakan tentang kadar sewa homestay Tawau secara long term. Untuk makluman, selain memberi sewa homestay secara harian, J3 homestay juga ada memberi sewa secara long term, tapi tidak kerap. Ini kerana jadual J3 homestay yang selalu padat dengan penyewa-penyewa harian.

Antara soalan yang paling kerap ditanya adalah mengenai kadar sewa homestay sekiranya disewa pada jangkamasa yang lama. Suka kami maklumkan, kadar sewa kami adalah yang paling murah di seluruh Tawau untuk penyewaan jangkamasa lama. Sekiranya berminat menyewa di J3 homestay untuk jangkamasa yang lama, sila hantar emel kepada kami untuk mendapatkan quotation. Selain dari menghantar emel, anda juga boleh memohon quotation ataupun sebut harga dengan menekan butang tempahan online di laman blog ini. Isikan semua butiran dan di bahagian comments sila tulis "QUOTATION". Kami akan menghantar maklumbalas dalam tempoh 24 jam.

Sejak kami menjalankan perniagaan homestay ini memang ada banyak kali juga kami telah menyewakan homestay kami pada syarikat-syarikat yang mempunyai "job" di Tawau. Biasanya syarikat akan menyewakan homestay bagi pekerja-pekerja mereka yang dihantar untuk melakukan kerja di Tawau untuk beberapa minggu atau bulan.

Selain syarikat-syarikat, kami juga pernah menyewakan homestay kepada orang perseorangan yang ada tugsan khas di Tawau untuk jangkamasa yang lama. Harga kami memang kompetitif dan berbaloi, dan yang paling penting sekali, MAMPU BAYAR. Sekiranya berminat untuk membuat sewaan mingguan atau bulanan, hubungi kami segera. Biar kami bantu anda ;)


Tempah Homestay Anda Sekarang
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
Instagram: @j3_homestaytawau

Sunday 15 November 2015

Fancy Grill di J3 Homestay Tawau


Antara kemudahan yang kami sediakan di J3 Homestay Tawau adalah Fancy Grill. Bagi yang belum tahu apa itu Fancy Grill, biar kami bagi tahu ya. Fancy Grill merupakan sejenis alat yang digunakan untuk membuat BBQ dengan cara yang paling mudah. Kenapa mudah? Dengan menggunakan Fancy Grill, anda tidak perlu menggunakan arang batu untuk membuat BBQ yang sedap. Cuma perlu letakkan Fancy Grill di atas dapur gas and you're good to go.

Lihat demo yang kami buat ni. Ramai yang tak tahu bagaimana nak guna alat memanggang ini, jadi kami telah buat video demo tentang cara memasang dan menggunakan Fancy Grill. Hasil BBQ dari Fancy Grill ini memang sangat sedap dan moist. Sudah ramai penyewa J3 Homestay Tawau yang memuji alat memanggang Fancy Grill ini. Semua ikan, udang, sotong dan ayam yang mereka panggang memang sedap dimakan.

Semasa memanggang anda cuma perlu masa selama 15-20 minit sahaja. Untuk membasuh Fancy Grill juga amat mudah. Semudah membasuh pinggan. Lagi pun tiada arang batu yang perlu dibersihkan. Jadi memang mudah dan menjimatkan masa. Kami menyediakan alat memanggang Fancy Grill ini kerana tahu ramai pelanggan kami yang datang ke Tawau suka membuat BBQ seafood. Seafood kan murah di Tawau. 

Ini cuma usaha yang kecil kami lakukan untuk pelanggan-pelanggan J3 Homestay Tawau. Tapi hasilnya amat besar kerana ramai yang berpuahati dan berterima kasih kerana kami menyediakan peralatan yang amat berguna ini. Mereka dapat membuat BBQ di homestay dan sekaligus menjimatkan duit daripada makan di luar. Kepada yang berminat membuat BBQ di J3 Homestay Tawau, jangan lupa hubungi kami. Tempahan homestay untuk 2016 telah pun kami buka. Jadi silakan membuat tempahan agar anda tidak terlepas peluang merasai BBQ ala Fancy Grill di J3 Homestay Tawau ;)


Tempah Homestay Anda Sekarang
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
Instagram: @j3_homestaytawau

Tuesday 3 November 2015

Penyewa J3 Homestay Tawau

Penyewa Homestay Tawau
Puan Dayang Sekeluarga


Gambar diatas merupakan gambar Puan Dayang sekeluarga, antara penyewa di J3 Homestay Tawau di bulan Oktober tadi. Bulan Oktober merupakan bulan yang paling sibuk untuk kami dan juga banyak cabaran. Antaranya kami dimarahi oleh customer yang cancel last minit kerana tidak mengembalikan deposit. Untuk makluman, kalau cancel last minit memang deposit tidak dikembalikan. Rasanya mana-mana homestay pun begitu juga kan? Ini kerana deposit itu kiranya untuk cover kerugian bagi setiap customer yang kami tolak kerana tempahan anda. Apa pun, terima kasih banyak kami ucapkan pada semua yang telah menyokong kami di sepanjang bulan Oktober. Pada yang kurang senang dengan kami kerana deposit yang tidak dikembalikan, kami mohon maaf ya. Kami sentiasa berharap semua orang berpuashati dengan perkhidmatan homestay yang kami berikan.

Penyewa J3 Homestay Tawau
En. Azlan & rakan-rakan

Gambar yang di atas ini pula merupakan Encik Azlan dan rakan-rakan beliau. Encik Azlan & rakan-rakan merupakan penyewa terakhir J3 Homestay di bulan Oktober. Seperti yang dilihat, mereka merupakan bikers yang hebat-hebat belaka. Sebenarnya pada masa itu daerah Tawau ada menganjurkan event untuk bikers-bikers, jadi memang banyak juga lah motosikal berkuasa tinggi berada di  atas jalanraya  Tawau pada masa itu. Sebenarnya ini bukan kali pertama J3 Homestay Tawau menerima tetamu bikers, ada beberapa kali juga lah homestay kami menjadi tempat persinggahan para bikers. Untuk itu kami ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga.

Bagi yang berminat menempah homestay yang paling murah di Tawau, jangan lupa hubungi kami di J3 Homestay. Anda boleh buat tempahan online di laman blog ini, anda juga boleh membuat tempahan dengan menghantar emel ke j3trade.enterprise@gmail.com. Selain dari itu, anda juga boleh menghubungi kami di talian 013-5499-359 untuk membuat tempahan. Jangan tunggu lama-lama ya, sebab bulan November dan Disember sudah banyak tarikh yang telah di tempah. Siapa cepat, dia dapat ;)


Tempah Homestay Anda Sekarang
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
Instagram: @j3_homestaytawau

Wednesday 21 October 2015

Aplikasi Booking J3 Homestay Tawau

Homestay Tawau App

Kini J3 Homestay Tawau sudah mempunyai aplikasi booking (android) untuk membuat tempahan homestay terus dari smartphone anda. Tidak perlu lagi call, sms atau whatsapp. Tidak perlu lagi buka laptop untuk mengisi J3 Homestay Tawau online booking form, tidak perlu lagi susah-susah semata-mata nak buat tempahan homestay dengan kami.

Anda hanya perlu download aplikasi ini dengan mengimbas QR code yang ada di dalam gambar diatas. Selain itu juga ada boleh download Aplikasi Booking Homestay Tawau di sini. Kami tahu ramai yang sibuk dengan aktiviti seharian. Dengan adanya aplikasi ini anda semua boleh membuat tempahan homestay dengan mudah dan pantas.

Apabila anda membuat  tempahan menggunakan aplikasi booking itu, segala butiran yang anda submit akan terus dihantar pada kami serta-merta. Kami akan membuat semakan kekosongan homestay berdasarkan tarikh check-in dan check-out yang anda pilih. Sekiranya ada atau tiada kekosongan, kami akan maklumkan anda dalam tempoh 5-10 minit selepas menerima booking notification dari anda. Cepat kan?

Jadi pada yang ada smartphone, kami amat menggalakkan anda semua menggunakan aplikasi ini untuk membuat tempahan di J3 Homestay Tawau. Ia bakal menjimatkan masa kita semua. Pun begitu, kami masih lagi menerima sms, whatsapp dan panggilan telefon di talian 013-5499-359 seperti biasa. Apa pun cara anda membuat tempahan, kami tetap menerimanya dengan hati yang gembira :)


Tempah Homestay Anda Sekarang
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
E-mail : homestaytawau@gmail.com
FB: https://www.facebook.com/j3homestaytawau
Twitter: www.twitter.com/homestaytawau

Instagram: @j3_homestaytawau

Tuesday 20 October 2015

Jerebu di Tawau

API Index Tawau

Keadaan jerebu di Tawau sekarang memang agak teruk. Menurut bacaan di laman web Jabatan Alam Sekitar Malaysia, index pencemaran udara di Tawau setakat jam 8 pagi 20 Oktober 2015 adalah 124. Ini menunjukkan daerah Tawau berada di dalam kawasan berlabel kuning, iaitu "unhealthy". Kalau dilihat keadaan di luar sana, memang jerebu yang agak tebal menyelubungi Tawau dan matahari pun berwarna kuning pekat menandakan keadaan yang sangat panas.

Keadaan di sekitar J3 Homestay Tawau juga berjerebu dan seakan berkabus tebal. Suka kami ingatkan kepada penyewa-penyewa homestay kami agar sentiasa menjaga kesihatan. Banyakkan meminum air putih dan sekiranya ingin keluar, sila lah pakai mask. Ini kerana keadaan cuaca yang berjerebu selama 2-3 hari ini telah menyebabkan ramai orang jatuh sakit, terutamanya kanak-kanak. Dengan memakai mask anda dapat mengurangkan sedutan udara yang tidak sihat ini ke dalam paru-paru.

Kepada yang bakal berkunjung ke Tawau pada masa ini, sila ambil perhatian mengenai keadaan jerebu di Tawau sekarang. Kami tahu ramai yang akan datang ke Tawau atas urusan kerja dan juga urusan keluarga (perkahwinan) dalam masa terdekat ini. Ini kami ketahui berdasarkan rekod tempahan kereta sewa dan juga homestay kami. Sentiasalah jaga kesihatan diri selama berada di Tawau. Pesanan ikhlas dari kami di J3 Homestay Tawau.


Tempah Homestay Anda Sekarang
  H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
E-mail : homestaytawau@gmail.com
FB: http://www.facebook.com/j3homestaytawau
Twitter: www.twitter.com/homestaytawau
Instagram: @j3_homestaytawau

Sunday 11 October 2015

Borang Tempahan Homestay Online

Homestay Tawau


Kini anda boleh membuat tempahan online untuk J3 Homestay Tawau. Jika anda lihat di sebelah kanan laman blog ini, di ruang yang paling atas, anda akan dapat melihat butang tempahan online seperti yang ditunjukkan di dalam gambar. Apabila anda klik sahaja butang tempahan itu anda akan dibawa ke laman borang online J3 Homestay Tawau.

Di dalam borang itu anda hanya perlu mengisi beberapa butiran ringkas seperti nama dan juga tarikh tempahan. Kami akan menguruskan tempahan anda selepas itu. Borang ini diwujudkan bagi memudahkan anda terus membuat tempahan tanpa perlu menghubungi kami. Selepas membuat tempahan, kami akan membuat semakan, Sekiranya ada kekosongan pada tarikh yang ditempah, kami akan menghubungi anda melalui emel.

Selain dari laman blog ini, butang tempahan online ini juga boleh dilihat di FACEBOOK PAGE J3 HOMESTAY TAWAU. Kami meletakkan borang ini di setiap platform social media kami bagi memudahkan anda membuat tempahan tanpa perlu meninggalkan laman tersebut. Mudah bukan?

Pun begitu, kami masih lagi boleh dihubungi di talian rasmi kami di 013-5499-359 seperti biasa. Kami bersedia menerima panggilan telefon dan juga mesej dari pada setiap masa. Kami akan cuba yang terbaik bagi mejawab persoalan anda secepat yang mungkin. Oleh itu, sekiranya anda memerlukan homestay yang paling best dan paling murah di Tawau, jangan lupa hubungi kami di J3 Homestay Tawau ;)


Tempah Homestay Anda Sekarang
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
E-mail : homestaytawau@gmail.com
FB: http://www.facebook.com/j3homestaytawau
Twitter: www.twitter.com/homestaytawau
Instagram: @j3_homestaytawau

Tuesday 29 September 2015

Tempahan Homestay Tawau di Bulan Oktober

J3 Homestay Tawau


Tidak lama lagi bulan September akan sampai ke penghujungnya. Oleh itu kami di J3 Homestay Tawau ingin membuka tempahan homestay untuk bulan Oktober pula. Untuk makluman, tidak begitu banyak kekosongan yang ada kerana sudah ada beberapa tarikh yang telah ditempah. Untuk mengetahui sekiranya tarikh yang anda ingin tempah masih ada kekosongan atau tidak, boleh berhubung segera dengan kami di talian 013-5499-359.

Sedikit info bagi yang akan berkunjung ke Tawau dalam masa terdekat ini. Keadaan jerebu masih lagi menyelubungi daerah Tawau. Pun begitu, IPU yang tercatat tidak begitu membimbangkan dan tidak berada di paras bahaya. Kawasan di sekitar homestay juga tidak begitu terjejas dengan keadaan jerebu. Jarak penglihatan adalah baik dan kualiti udara di sekitar homestay boleh dikatakan sangat baik. Jadi sekiranya anda ada racangan untuk datang ke Tawau dalam masa terdekat ini, usah risau dengan keadaan jerebu kerana semuanya baik-baik sahaja.

Bagi yang masih tidak tahu di mana lokasi J3 Homestay, kami berada di Taman Semarak Bal Tawau. Jarak kami dari bandar Tawau adalah dalam lingkungan 8-10 minit sahaja. Dari Airport Tawau pula, jarak kami dalam 40-50 minit. Lokasi kami sangat strategik kerana berdekatan dengan Taman Bukit Tawau, dekat juga dengan Kompleks Sukan Tawau. Dalam jarak 2 minit dari pagar homestay ada kawasan komersial yang menyediakan kemudahan restoran 24 jam, pasaraya, pasar basah/kering, klinik, surau dll lagi. Jika berminat membuat tempahan dengan kami di bulan Oktober ini, hubungi kami segera di talian 013-5499-359. Kami jamin anda pasti berpuashati ;)


Friday 18 September 2015

Homestay di Tawau Sempena Cuti Sekolah

Tawau Homestay


Perlukan homestay di Tawau sempena cuti sekolah ini? Hubungi J3 Homestay dengan segera di talian 013-5499-359 untuk membuat tempahan. Untuk makluman, bermula dari esok J3 Homestay akan mula menerima tetamu sempena cuti sekolah kali ini. Ada 1-2 kekosongan lagi kalau anda masih berminat untuk membuat tempahan. Kami juga ingin memaklumkan bahawa tempahan untuk cuti sekolah hujung tahun ini juga telah kami buka. Jadi anda semua boleh membuat tempahan sekarang. 

J3 Homestay menawarkan penginapan yang selesa untuk seisi keluarga pada harga yang sangat rendah. Homestay dijamin lengkap 100% dan harga yang perlu anda bayar hanyalah RM190/mlm. Lebih menarik lagi, bila confirm saja booking kami akan terus memberi potongan harga sebanyak 5% secara automatik. Maksudnya, harga sewa J3 Homestay untuk 1 mlm hanya RM181.00 sahaja. Cukup murah untuk homestay yang mempunyai keluasan sebanyak 4 bilik tidur.

Jika anda menyewa selama 3 malam dan ke atas, kami tambah lagi diskaun sehingga 10%. Dari murah semakin murah. Dan memang amat berbaloi kerana kami juga turut menyediakan barangan memasak seperti beras, minyak masak, garam, gula ajinomoto, kopi dan sebagainya. Semua kami berikan PERCUMA untuk anda semua. Jadi tunggu apa lagi? Bukan hari-hari anda akan terjumpa homestay yang akan memberikan tawaran hebat seperti ini. Sekali lagi, sekiranya anda mencari homestay untuk cuti sekolah ini, dail kami segera di talian 013-5499-359. Jangan tunggu lama-lama, nanti terlepas. Lagipun, siapa cepat dia dapat ;)



Saturday 12 September 2015

Tetamu J3 Homestay Tawau

Tetamu J3 Homestay Tawau


Kelmarin (11/9/2015) kami di J3 Homestay telah menerima tetamu dari Jabatan Perhutanan Negeri Sabah. Rombongan Jabatan Perhutanan telah menempah homestay kami selama 5 hari, bermula dari 11 Sept 2015 hingga 16 sept 2015. Kami amat berbesar hati kerana pihak Jabatan Perhutanan sudi memilih homestay kami sebagai tempat penginapan mereka sepanjang berada di Tawau selama 5 hari ini.

Dalam gambar ni ada dua orang sahaja kerana ramai lagi yang belum sampai semasa kami menyerahkan kunci. Untuk makluman, homestay kami mampu menerima tetamu dalam jumlah yang ramai kerana kami ada menyediakan banyak bantal dan tilam extra kepada tetamu yang datang. Selain itu homestay kami juga menyediakan 3 buah katil queen size dan 2 katil single untuk kegunaan tetamu.

Peralatan dapur memang complete. Termasuk beras sekali kami bagi. Tak perlu bayar lebih, semua kami sediakan untuk anda. Jadi adakah anda rasa berbaloi menginap di J3 Homestay Tawau? Kalau ya, sila buat tempahan segera. Jangan sampai terlepas kerana kami biasanya fully booked setiap bulan. Untuk tempahan kami hanya perlukan deposit sebanyak RM50 sahaja. Invois akan diberikan sebagai bukti bayaran. Sila dail 013-5499-359 untuk tempahan. Siapa cepat, dia dapat ;)


Friday 21 August 2015

Menginap Di J3 Homestay Tawau Untuk Drag Race 2015

Kami di J3 Homestay Tawau sangat teruja, lagi beberapa hari sahaja lagi Karnival Sukan Bermotor 1 Malaysia Drag Race 2015 akan berlangsung di daerah Tawau, best kan. Untuk makluman, daerah Tawau memang aktif dalam aktiviti drag dan menganjurkannya secara besar-besaran setiap tahun. Jika pada tahun lepas ianya dianjurkan pada awal tahun, di tahun 2015 ini pula, ianya dianjurkan sempena bulan kemerdekaan kita.


Stay @ J3 Homestay Tawau For Drag Race 2015

Drag Race yang sangat popular di Tawau ini bukan untuk hanya kereta sahaja, tapi turut dibuka kepada motosikal. Bagi yang berminat mennyertai Drag Race ini bolehlah pergi ke laman Facebook Tawau Drag bagi mendapatkan borang penyertaan dan juga bagi mendapatkan butiran lanjut mengenai karnival ini. Berikut adalah tarikh dan tempat karnival ini akan berlangsung:

Tarikh: 28hb-31hb Ogos 2015
Masa: 7am-5pm
Tempat: Lapangan Terbang Lama

Bagi kami di J3 Homestay Tawau, Drag Race ini memang best. Cukup lah kalau kami katakan yang Ia bakal mencetuskan emosi yang mendebarkan kepada anda kerana para peserta yang bertanding akan sedaya upaya untuk mengekalkan kedudukan terbaik mereka dan mencatatkan keputusan yang lebih cemerlang untuk mengutip mata demi mata.

Jadi jangan lupa untuk pergi lapangan terbang lama (airport lama) dari 28-31 ogos bagi menyaksikan Drag Race 2015 ini. Sekiranya anda merupakan peserta dari luar Tawau ataupun datang dari luar Tawau semata-mata mahu memberi sokongan kepada Karnival Drag Race ini, jangan risau mengenai penginapan. Tahun lepas J3 Homestay Tawau telah menerima ramai tetamu sempena Drag Race 2014 dan tahun ini juga pintu homestay kami terbuka untuk anda semua. Anda semua boleh tinggal beramai-ramai di homestay kami. Kadar sewa J3 homestay adalah yang paling murah di seluruh Tawau untuk homestay 4 bilik. Homestay adalah lengkap dan dijamin memuaskan hati. Untuk tempahan homestay, boleh hubungi kami segera di talian 013-5499-359 (SMS/WHATSAPP).  


Tempah homestay anda sekarang:

Monday 17 August 2015

Laundry Berdekatan J3 Homestay Tawau



The Star Laundry merupakan sebuah laundry yang berdekatan dengan J3 Homestay Tawau. Ini merupakan satu berita baik kepada seluruh penduduk di kawasan Taman Semarak dan juga bakal penginap di J3 Homestay Tawau. Untuk makluman, kami di J3 Homestay memang ada menyediakan kemudahan sebuah mesin basuh automatik untuk kegunaan penyewa-penyewa semua untu membasuh pakaian. Disamping mesin basuh, kami turut menyediakan cecair pencuci baju dengan percuma.

Pun begitu, adakalanya penyewa mungkin tidak sempat membasuh dam menunggu pakaian kering, hal ini terjadi akibat dari kesibukan menguruskan sesuatu ataupun kepenatan setelah berjalan-jalan di daerah Tawau ini. Bagi yang mengalami masalah tidak sempat membasuh dan menunggu pakaian kering, kini ada solution yang mantap bagi permsalahan anda semua. Tidak jauh dari J3 Homestay Tawau ada sebuah laundry baru dibuka. Jarak laundry ini dari homestay hanya 1 minit sahaja kerana terletak di kawasan perumahan yang sama.



Laundry ini berada sebaris dengan Restoran 24 Jam Taj food dan bersebelahan dengan Warung Jawa. Apa yang menariknya, laundry ini memberikan sabun dan softener percuma pada setiap orang yang datang memasuh pakaian di situ. Waktu cucian pula adalah 24 minit untuk cucian basah dan 26 minit untuk proses pengeringan. Jumlah masa hanya 50 minit saja. Sambil menunggu cucian habis dicuci, anda semua boleh pergi makan gado-gado yang sedap di Warung Jawa.

Jadi kalau anda datang menginap di J3 Homestay Tawau tapi risau dengan pakaian kotor yang tak sempat dicuci, anda boleh pergi terus ke Star Laundry. Nak basuh 1 beg pun tak apa. Nampaknya semakin hari semakin banyak fasiliti dan kemudahan dibuka berdekatan degan J3 Homestay Tawau. Ini menjadikan J3 Homestay sebuah homestay yang sangat ideal lokasinya untuk semua. Jadi kalau mahu buat tempahan, jangan kasi lama orang Tawau bilang. Selain sewa homestay yang amat murah, di sekeliling homestay terdapat begitu banyak kemudahan dan kelebihan. Untuk tempahan, terus SMS/Whatsapp kami di talian 013-4399-359 ;)


Tempah homestay anda sekarang:

Friday 14 August 2015

Invois Digital J3 Homestay Tawau


Salah satu sebab mengapa ramai yang memilih J3 Homestay Tawau adalah kerana adanya unsur kebolehpercayaan. Untuk makluman, bagi setiap tempahan homestay, kami akan memberikan invois digital melalui aplikasi Whatsapp sebagai bukti bayaran. Jika anda buat tempahan dan perjanjian dengan kami, ia bukan setakat janji air liur sahaja. Kami akan berikan anda dokumen bagi mengesahkan perkara itu. Sila lihat contoh invois digital kami di bawah.

Tawau Homestay




Invois ini adalah dalam bentuk digital kerana kami akan mengirimkannya terus ke aplikasi Whatsapp anda. Dan sekiranya anda tidak mempunyai Whatsapp, kami akan hantarkan melalui MMS. Ini memudahkan anda membawa invois ini ke mana-mana kerana ianya akan di storkan secara automatik ke gallery handphone Android/IOS anda. Invois digital ini akan kami hantar dalam tempoh 24 jam setelah anda membuat pembayaran deposit.

Butiran penting seperti nama anda, no kad pengenalan, no telefon serta tarikh check-in/check-out ada dipaparkan di invois berkenaan. Jumlah bayaran deposit serta tarikh anda membuat bayaran juga turut dipaparkan. Pokok pangkalnya, semua maklumat lengkap ada di dalam invois tersebut. Sekiranya hilang akibat ter-delete, kami boleh menghantar semula salinan yang baru untuk anda serta-merta.

Jadi jangan risau membuat tempahan dan urusniaga dengan kami. Selain invois digital, kami juga ada aggrement form yang anda akan isi semasa mengambil kunci homestay nanti. Aggrement form yang rasmi ini akan memudahkan anda membuat tuntutan atau claim kepada pihak pengurusan sekiranya anda menginap di Je Homestay Tawau bagi urusan kerja. Oleh itu, jangan risau jangan ragu. Di J3 Homestay Tawau, segala urusan adalah rasmi, ini kerana kami adalah di bawah seliaan sebuah syarikat yang berdaftar. Untuk membuat tempahan dengan kami, sila SMS/Whatsapp kami di talian 013-5499-359. Homestay yang selesa dan paling murah di Tawau menanti anda ;)


Tempah homestay anda sekarang:

Friday 7 August 2015

5 Cara Hebat Elakkan Rumah Dimasuki Pencuri

Cara elak rumah dimasuki pencuri oleh J3 Homestay Tawau


Kejadian kecurian sedang menjadi-jadi di Tawau sekarang ini. Tidak kira lah rumah kampung atau rumah taman, semuanya jadi sasaran pencuri. Oleh itu kami di J3 Homestay Tawau ingin berkongsi tips dan 5 cara yang hebat untuk elakkan rumah dari dimasuki pencuri. Cara ini hebat kerana tidak memerlukan kos membeli CCTV yang tinggi, amat murah dan sangat mudah untuk dilakukan. Untuk makluman, pencuri yang memasui rumah kita sebenarnya sudah lama "mengintip" pergerakan kita. Mereka tahu jam berapa kita ada di rumah, jam berapa kita mandi kalau pagi, jam berapa kita keluar mengambil anak dari sekolah dsb. Mereka juga sudah tahu di mana soft spot di rumah itu untuk mereka masuki nanti. Pencuri tidak masuk secara rawak. Mereka memang dah target lama sebelum memecah masuk rumah anda.

1. Pastikan pintu rumah dan tingkap anda berkunci
Kalau nak tahu 2/5 dari rumah yang berjaya dimasuki pencuri tidak berkunci pintunya dan tidak berkunci tingkapnya. Ini biasanya berlaku di rumah yang mempunyai sliding door/window. Pada anggapan tuan rumah, kalau sudah kunci grill, mka tidak perlulah kunci sliding door atau sliding window. Cuma perlu tutup sahaja. Ini merupakan kesilapan besar. Anda sebenarnya memberi peluang mudah kepada pencuri untuk memasuki rumah anda. Kunci grill adalah hampir sama untuk setiap rumah. Mereka sudah pasti ada universal key untuk masuk bypass grill anda. Kalau tidak pun, mereka akan menggunakan "jack" untuk memecahkan grill anda. Untuk pencuri yang expert, tak sampai 30 minit mereka boleh buat tu semua. Bila anda tidak kunci pintu dan tingkap, maka anda memang sudah bagi pass percuma kepada pencuri untuk masuk ke rumah anda. Jadi pastikan pintu dan tingkap anda sentiasa berkunci.

2. Letakkan batang kayu sebagai pengadang di sliding door/window anda
Selepas mengunci sliding door/window anda, pastikan anda meletakkan sebatang kayu atau batang penyapu sebagai pengadang di pintu tersebut. Walaupun pencuri dapat membuka lock pintu anda, tapi pasti dia akan mengalami kesukaran untuk memasuki rumah anda bila sliding door/window anda tersangkut akibat ada pengadang kayu diletakkan. Ini akan melengahkan pencuri dan membuat mereka rasa susah untuk memasuki rumah anda. Kalau dia tidak berjaya membuka sliding door tersebut, mungkin dia akan abaikan terus rumah anda. Dan kalau dia cuba sekali pun, pasti  bunyi bising yang dia buat semasa hendak memecahkan pintu itu boleh mengejutkan anda sekeurga dari tidur dan sekaligus menggagalkan rancangan jahat pencuri itu tadi.

3. Letakkan kerusi dan pinggan mangkuk di sebalik pintu.
Untuk rumah yang tidak menggunakan sliding door, tapi menggunakan pintu yang biasa, sila lah letakkan sebuah kerusi betul-betul di sebalik pintu anda sebelum tidur malam. Di atas kerusi itu letakkan pinggan mangkuk porselin yang mudah pecah. Beli yang murah-murah sahaja dari kedai. Apabila pencuri menolak atau menyepak pintu rumah anda dalam cubaan untuk pecah masuk, dia sekaligus akan menjatuhkan segala pinggan mangkuk dari kerusi di sebalik pintu itu dan mengakibatkan bunyi yang sangat bising. Hal ini akan membuatkan pencuri itu terkejut dan melarikan diri. Bunyi bising dari pinggan mangkuk yang jatuh dan pecah itu juga pasti akan mengejutkan anda dari tidur dan menyelamatkan rumah anda dari pencuri berkenaan.

4. Tidur dengan alarm kereta di samping anda
Ini merupakan cara paling mudah untuk dilakukan. Pastikan anda meletakkan kunci kereta anda di bawah bantal sebelum tidur. Di tengah malam ataupun di waktu subuh sekiranya anda terbangun akibat mendengar bunyi yang mencurigakan di rumah anda, jangan fikir panjang dan terus tekan alarm kereta anda. Kalau anda ada tiga kereta, tekan ketiga-tiga alarm kereta anda tanpa was-was. Bunyi bising dari alarm kereta tanpa henti akan mengejutkan pencuri dan mereka akan tahu yang gerak-geri mereka sudah diketahui. Usaha mencuri mereka akan terbantut dan mereka mungkin akan melarikan diri.

5. Beli alarm pintu dan alarm tingkap made in china
Percaya atau tidak, alarm ini sangat-sangat murah dan sangat berkesan. Alarm ini hanya berharga dalam lingkungan RM5 seunit dan boleh dibeli di mudah.my. Anda hanya perlu melekatkan alarm itu di pintu atau menggantung alam itu di tombol pintu dan tingkap anda. Baru sahaja pencuri memegang pintu atau tingkap, alam ini akan berbunyi dengan cukup nyaring tanpa henti. Sekiranya pencuri itu ada penyakit jantung, mungkin dia boleh meninggal dunia serta-merta kerana terkejut mendengar bunyi nyaring pada desibel yang begitu tinggi dari alarm itu tadi. Alarm ini mampu menyelamatkan rumah anda pada kos yang begitu rendah, percayalah.


Jadi begitulah perkongsian kami untuk kali ini. Kami di J3 Homestay Tawau amat berharap agar tips yang kami kongsikan ini dapat membantu anda semua. Yang paling penting sekali, jangan bagi peluang pada pencuri untuk memilih rumah anda. Pastikan rumah anda sentiasa terang benderang di malam hari, ini kerana pencuri suka beroperasi dalam keadaan yang gelap. Jadi hidupkan lampu diluar rumah sepanjang malam. Pastikan kawasan rumah sentiasa terang. Tanam tanaman yang tajam di sekeliling rumah dan buat pencuri berfikir, oh susahnya kalau nak lari keluar dari rumah ni nanti, banyak sangat halangan. Okey lah. semoga kita semua selamat dari ketamakan pencuri. Sekian dulu perkongsian dari J3 Homestay Tawau untuk anda semua.


Tempah homestay anda sekarang:

Friday 31 July 2015

Pelanggan Puashati Dengan J3 Homestay Tawau

Pelanggan J3 Homestay Tawau

Semakin ramai pelanggan yang puashati dengan J3 Homestay Tawau. Salah seorang pelanggan yang kami maksudkan adalah Puan Harniza yang telah menyewa homestay kami ini pada 24 Julai - 27 Julai yang lepas. Puan Harniza bukan sahaja menyewa homestay dengan kami tapi beliau juga turut menyewa kereta sewa dengan kami. Kami amat gembira apabila Puan Harniza turut gembira dan berpuashati dengan servis yang kami berikan.

Untuk makluman, Puan Harniza seisi keluarga telah menyewa homestay selama 3 malam disamping meminta servis mengambil mereka di airport semasa hari check-in. Bayaran yang kami minta untuk sewa homestay selama 3 malam + servis pengambilan di airport Tawau adalah amat murah sekali iaitu hanya RM543.00 sahaja. Sewa kereta Proton Wira yang kami tawarkan pula adalah RM85/hari sahaja untuk 3 hari tersebut. Jadi anda boleh bayangkan sendiri penjimatan yang telah dapat dibuat oleh Puan Harniza sekeluarga.

Walaupun kadar sewa kami adalah yang paling murah di Tawau, tapi itu tidak bermaksud kami menyediakan perkhidmatan yang cincai dan ala kadar sahaja. walaupun murah tapi kami sentiasa pastikan kami memberi yang terbaik. Ini kerana apabila pelanggan puashati, kami juga turut berasa gembira. Jadi kalau anda mahukan sewa yang murah dan servis yang terbaik untuk homestay dan juga kereta sewa di Tawau, anda jangan berfikir dua kali dan terus sahaja datang cari kami. Paling mudah, hubungi sahaja kami di talian 013-5499-359 untuk homestay dan juga 014-9669-359 untuk kereta sewa. Kami sedia membantu anda ;)


Tempah homestay anda sekarang:

Friday 24 July 2015

UK Funfair Kini Di Tawau


Ya, UK Funfair kini berada di Tawau. Kalau nak tahu, UK Funfair memang sering menjadikan Tawau sebagai tempat persinggahan mereka. Ini mungkin disebabkan oleh warga Tawau yang memang cukup gemar membawa anak-anak dan keluarga berhibur di funfair ini setiap kali funfair ini berada di Tawau. Sedikit info, kami di Tawau tak panggil tempat ni sebagai funfair. Kami di sini panggil "pampe" saja. Jadi kalau anda terdengar orang Tawau menyebut "pampe", mereka sebenarnya sedang bercakap mengenai FUNFAIR ;)

Kami di J3 Homestay Tawau tidak pernah ketinggalan pergi ke UK Funfair setiap kali mereka datang ke Tawau. Ini kerana permainan di dalam funfair ini agak menarik dan suasana di dalam funfair pun cukup meriah dan bercahaya.  Funfair mula dibuka bermula jam 6.30 petang sehingga 12.00 malam. Tiket masuk ke dalam funfair hanya RM2.00 sahaja dan kanak-kanak di bawah umur 3 tahun boleh masuk dengan percuma tanpa bayaran. Walaupun harga tiket masuk adalah amat murah, tetapi caj setiap permainan pula tidaklah begitu murah. Hampir semua permainan di dalam funfair ini dicaj pada kadar 2 token sekali main. Nilai 2 token = RM4.00. Jadi maksudnya, setiap kali nak main tu kena bayar paling minimum RM4.00. Ada juga permainan yang caj 3 token setiap kali main, iaitu RM6.00.

Tapak UK Funfair di Tawau terletak di batu 1.5 Jalan Apas Tawau, iaitu berhadapan dengan Takada dan Eastern Plaza Tawau. Jarak funfair dengan J3 Homestay Tawau agak dekat, iaitu dalam 8 minit perjalanan sahaja menaiki kereta. Pada pelanggan J3 Homestay yang berminat pergi ke funfair ini nanti, pastikan anda datang awal. Ini kerana bermula dari jam 7.30 malam ke atas, jalan akan jadi begitu sesak di sekitar kawasan funfair, tempat parking pun mungkin penuh juga. Kalau dah bermain-main di funfair dan terasa lapar, anda semua boleh menyeberang jalan dan pergi ke pasar malam Takada. Di situ terdapat banyak gerai yang menyediakan makanan yang sedap-sedap seperti Bakso, sayap ayam panggang, nasi lalap dan lain-lain lagi.

Kami tidak pasti sampai bila UK Funfair akan berada di Tawau pada kali ini, tapi biasanya mereka akan buka funfair selama 1 bulan. Jadi kalau anda berada di Tawau sekarang, jangan ketinggalan pergi ke funfair ini bersama keluarga dan anak-anak. Bagi yang berada di luar kawasan Tawau tapi ingin pergi ke funfair, jangan risau. Datang saja ke Tawau. Untuk tempat tinggal dan pengangkutan, kami di J3 Homestay ada sediakan yang murah untuk anda. Jadi kalau anda datang nanti, hubungi saja kami di talian 013-5499-359 (Whatsapp/SMS) untuk menempah homestay dan juga kereta sewa yang paling murah di Tawau. Jangan lupa tau ;)


Tempah homestay anda sekarang:




Thursday 16 July 2015

Selamat Hari Raya dari J3 Homestay Tawau

Selamat Hari Raya dari J3 Homestay Tawau

Kemeriahan sambutan Hari Raya yang bakal menjelang esok cukup terasa di kawasan sekitar J3 Homestay Tawau. Anak-anak di kawasan kejiranan ini begitu leka dan begitu gembira bermain bunga api bersama kawan-kawan. Mengikut perkiraan, esok adalah Hari Raya. Dan persiapan pun sudah cukup-cukup dibuat oleh seluruh warga Tawau dan warga Taman Semarak Bal khasnya bagi menyambut Hari Raya ini.

Atas kesempatan ini kami di J3 Homestay Tawau ingin mengambil peluang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia, kepada seluruh warga Tawau & lebih-lebih lagi kepada para pelanggan yang kami sayangi. Semoga sambutan Hari raya di tahun ini adalah yang paling indah dan paling meriah di samping keluarga tersayang. 

Untuk makluman, J3 Homestay Tawau telahpun mencapai status fully booked di sepanjang musim perayaan ini. Kami cuma akan ada kekosongan bermula dari 3hb Ogos nanti. Ramai pelanggan kami di bulan Julai ini terdiri dari mereka yang datang menyambut Hari Raya bersama keluarga di Tawau. Ada juga yang menyewa homestay bagi bakal keluarga mertua. Ramai kan yang akan melangsungkan perkahwinan di sepanjang musim perayaan ini kan. Selamat Pengantin Baru kami ucapkan.

Akhir kata, Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin dari kami di J3 Homestay Tawau untuk anda semua. Semoga kita semua dapat berjumpa lagi di Ramadhan dan Syawal tahun hadapan :)


Tempah homestay anda sekarang:

Friday 3 July 2015

Di Mana Lokasi J3 Homestay Tawau

Memandangkan bulan Julai ini ramai sangat yang menyewa di J3 Homestay Tawau, maka ada baiknya kalau kami memberikan lokasi dan juga gps homestay kami ini. Jadi nanti tidaklah ada yang tertanya-tanya lagi di mana lokasi J3 Homestay Tawau. Sebenarnya kami ada berikan alamat dan kedudukan lokasi homestay kami di pautan berikut Peta Lokasi J3 Homestay Tawau. Tapi mungkin ramai yang terlepas pandang. Oleh itu, sekali lagi, ini dia kedudukan homestay kami. Sila klik gambar di bawah untuk melihat dengan lebih jelas.

Lokasi J3 Homestay Tawau

Pada gambar di bahagian kiri skrin anda boleh melihat gps kedudukan homestay kami. Ia terletak di kedudukan latitud/longitud 4.2966323, 117.893005. Jika anda masukkan kedudukan ini di applikasi maps anda seperti google maps dan waze, anda boleh diguide dengan tepat sehingga ke pintu pagar homestay kami. Pada gambar di sebelah kanan pula anda boleh melihat kawasan persekitaran J3 Homestay Tawau. Titik hijau itu merupakan penanda bagi homestay kami. Untuk makluman, J3 Homestay Tawau terletak di rumah teres corner lot 3 tingkat di Taman Semarak Bal II Tawau. Kawasan ini 99% didiami oleh penjawat-penjawat awam seperti polis, tentera, guru, jururawat dsb.

Jadi kami harap dengan adanya panduan lokasi yang kami berikan ini anda semua tidak akan tertanya-tanya lagi di mana J3 Homestay Tawau. Pun begitu, sekiranya anda masih lagi sukar mencari homestay kami ini,  jangan risau. Kami ada plan B. Pekerja kami akan menjemput anda pada hari anda check-in nanti. Cuma perlu beritahu di mana mahu berjumpa (paling bagus di bandar Tawau), dan dari situ pekerja kami akan guide anda ke homestay kami. Seboleh-bolehnya beritahu tempat berjumpa 1 jam lebih awal supaya pekerja kami dapat bersedia. Oleh itu, anda semua tidak perlu risau ya. Kami akan sentiasa memastikan anda sampai dengan selamat ke homestay kami. Jadi apa tunggu lagi, jika anda perlukan homestay yang best dan prihatin seperti kami, cepat-cepat buat tempahan dengan menghubungi 013-5499-359. Bulan Julai dah penuh, tapi bulan-bulan yang akan datang masih ada kekosongan lagi. Walau bagaimanapun, tempat adalah terhad. Siapa cepat, dia dapat ;)


Tempah homestay anda sekarang:


Sunday 28 June 2015

Bulan Julai Ini J3 Homestay Tawau Fully Booked

J3 Homestay Tawau

Kami dengan berbesar hati dan penuh rasa kesyukuran ingin mengumumkan bahawa di sepanjang bulan Julai ini J3 Homestay Tawau sudah fully booked. Kami sangat-sangat bersyukur dan berterima kasih kepada para pelanggan yang telah membuat tempahan dan bayaran deposit bagi penyewaan di sepanjang bulan Julai ini. Kami jamin anda semua akan puashati kerana kami berjanji akan memberikan yang terbaik untuk anda semua. Kami akan pastikan anda tidak rugi memilih J3 Homestay Tawau.

Antara faktor yang membolehkan kami mencapai status fully booked ini adalah disebabkan Hari Raya Aidilfitri jatuh di bulan Julai ini. Atas dasar itu ramai yang telah menempah homestay kami untuk musim perayaan ini, tidak kurang juga sangat ramai yang akan berkahwin pada bulan Julai nanti, itulah kebiasaannya di sepanjang musim Hari Raya ini, orang kahwin, orang bertunang dan sebagainya. Selain dari faktor itu, disebabkan track record kami yang sangat baik dan harga yang begitu murah juga menyebabkan kami sentiasa menjadi pilihan. Ada banyak lagi homestay lain di Tawau ini, tapi hanya kami yang memberi tawaran homestay 4 bilik pada kadar kelengkapan 100%  dengan harga yang paling rendah di Tawau.

Apa pun, kami sangat berterima kasih kepada semua yang sentiasa memberi sokongan kepada kami. Teruskan memberi sokongan supaya ramai lagi di Tawau ini yang dapat mengikuti jejak langkah kami dengan menawarkan homestay yang bagus pada harga yang rendah. Pada mereka-mereka yang bakal ke Tawau tidak lama lagi, jangan lupa hubungi kami untuk mendapatkan homestay yang paling murah di Tawau ini. Untuk makluman, bulan Ogos kami ada beberapa kekosongan lagi. Sekiranya anda cepat membuat tempahan, anda mungkin akan dapat peluang menginap di J3 Homestay nanti. Untuk bulan-bulan yang akan datang, terutamannya bulan November dan December, tinggal sedikit sahaja lagi slot tarikh yang kosong untuk disewa. Jadi kami mohon agar anda semua dapat membuat tempahan dengan segera untuk mengelakkan kekecewaan. Kami di J3 Homestay Tawau sentiasa menunggu anda. Sila hubungi kami di talian 013-5499-359 untuk membuat tempahan. Siapa cepat, dia dapat ;)


Tempah homestay anda sekarang:


Monday 22 June 2015

Tempat-tempat Menarik Di Tawau

Tahun lepas kami ada membuat post mengenai tempat-tempat menarik di Tawau. Tapi mungkin ramai yang sudah terlupa. Antara soalan paling top yang selalu ditanya kepada kami oleh penyewa-penyewa J3 Homestay Tawau adalah "apa tempat best di Tawau ni?"

Kalau nak tahu, itu adalah soalan yang menduduki ranking nombor 1 di J3 Homestay. Ini menunjukkan rata-rata pengunjung di J3 Homestay adalah mereka-mereka yang baru pertama kali menjejakkan kami ke Tawau. Pada mereka yang bertanya, kami terus memberikan mereka link untuk mendownload ebook percuma yang pernah kami tulis mengenai 9 tempat yang menarik di Tawau. Anda semua juga boleh mendownload ebook berkenaan dengan klik link di bawah gambar ebook ini ya.

Tempat menarik di Tawau



Di dalam ebook ini kami tidak bercerita mengenai tempat-tempat yang sudah "terkenal" seperti Pasar Tanjung Tawau ataupun Pasar Gantung Tawau. Itu rasanya semua orang dah tahu kan. Lagipun memang tidak dapat dinafikan lagi, pasar tanjung dan pasar gantung adalah destinasi yang menjadi pilihan utama semua pengunjung dari luar Tawau.

Tapi Tawau bukan ada setakat pasar tanjung dan pasar gantung sahaja. Ada banyak tempat yang menarik sebenarnya di Tawau ini. Tapi kami sempat merakamkan 9 daripadanya sahaja di dalam ebook special edition kami ini. Antara yang kami paparkan di ebook ini adalah Taman Bukit Tawau ataupun Tawau Hills Park. Taman Bukit Tawau ni terletak hanya 15 minit sahaja dari J3 Homestay Tawau. Apa yang menariknya di sini adalah, di Taman Bukit Tawau ini anda semua dapat melihat pokok tropika yang paling tinggi di dunia. Bukan calang-calang pokok tu. Dah ramai yang bergambar sakan dan berselfie depan pokok yang paling tinggi di dunia tu, anda bila lagi?

Selain Taman Bukit Tawau, kami juga ada memberi informasi menarik mengenai 8 lagi tempat yang best-best di Tawau ni. Kalau nak tahu di manakah tempat yang dimaksudkan, silalah download ebook percuma kami ini dan baca. Semua ada di dalam tu. Kalau dah baca buku tu dan teruja nak datang terus ke Tawau, jangan lupa pula cari kami nanti ya. Sebabnya, kami dapat membantu anda dalam menyediakan pengangkutan dan tempat tinggal yang murah lagi jimat di Tawau ni. Selain homestay yang paling murah di Tawau, kami juga turut menyediakan perkhidmatan Kerea Sewa Murah Di Tawau untuk anda semua. Jadi lepas ni kalau nak datang melawat Tawau, jangan lupa hubungi kami di 013-5499-359 (call/sms/whatsapp), kami sedia menanti anda ;)


Tempah homestay anda sekarang:
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
E-mail : homestaytawau@gmail.com
FB: www.facebook.com/j3homestaytawau
Twitter: www.twitter.com/homestaytawau
Instagram: @j3_homestaytawau


Wednesday 17 June 2015

Homestay Paling Prihatin Di Tawau

Tawau Homestay


Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua pembaca setia blog kami. Sempena bulan Ramadhan ini jangan lepaskan peluang menginap di homestay yang paling prihatin di Tawau ini. Selain menawarkan kadar sewa homestay yang paling murah di Tawau, kami juga menawarkan homestay yang paling LENGKAP untuk anda.

Untuk makluman, kami bukan setakat menyediakan kuali dan dapur gas untuk anda memasak. Kami beri anda lebih dari itu. Atas dasar keprihatinan kami atas keperluan anda, maka kami semenjak dulu lagi telah menyediakan peralatan memasak yang betul-betul lengkap seperti di rumah sendiri di Homestay kami. Beras, garam, gula, bawang. minyak masak semua kami sediakan. Anda cuma perlu beli sayur dan daging/ikan sahaja untuk dimasak.

Sekiranya anda menginap di J3 Homestay Tawau pada bulan puasa ini, anda tidak perlu lagi berbelanja lebih membeli makanan di luar sebagai juadah berbuka puasa. Ini kerana anda boleh menyediakan juadah tersebut dengan mudah di homestay kami. Tidak perlu pening-pening fikir nak beli beras dan minyak masak. Semua sudah disediakan. Kami pasti, anda akan berpuashati memasak juadah berbuka puasa untuk keluarga anda di homestay kami.

Jadi jangan ketinggalan. Homestay kami bukan hari-hari kosong. Hubungi kami segera di talian 013-5499-359 untuk membuat tempahan sekarang. Selain dari peralatan memasak yang super complete, homestay kami juga merupakan antara homestay yang langsung tidak mengenakan caj tambahan jika anda datang dalam kumpulan yang ramai. Kami memang betul-betul prihatin dengan keperluan anda. Jadi tunggu apa lagi, hubungi kami sekarang juga. Siapa cepat, dia dapat ;)


Tempah homestay anda sekarang:
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
E-mail : homestaytawau@gmail.com
FB: www.facebook.com/j3homestaytawau
Twitter: www.twitter.com/homestaytawau
Instagram: @j3_homestaytawau

Wednesday 13 May 2015

J3 Homestay Tawau Fully Booked

Homestay Tawau
call/sms/whatsapp 013-5499-359 untuk tempahan di tarikh lain

Untuk makluman semua, J3 Homestay Tawau telah pun fully booked untuk tarikh seperti yang tertera di atas, iaitu dari 28 Mei 2015 hingga 7 Jun 2015. Kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada para pelanggan yang telah membuat tempahan.

Kalau nak tahu, tarikh di hujung-hujung bulan Mei sememangnya adalah tarikh yang sangat "hot". Bayangkanlah, hampir berpuluh-puluh panggilan, sms dan whatsapp yang kami terima dari mereka yang ingin menempah homestay di penghujung bulan Mei ini. Paling top adalah tarikh 30 & 31 Mei. Maklumlah, tarikh berkenaan merupakan cuti Pesta Kaamatan bagi seluruh rakyat di negeri Sabah. Selain itu, tarikh berkenaan juga sememangnya adalah tarikh bagi cuti sekolah. Jadi tidak hairanlah kalau ramai sungguh yang ingin menempah homestay pada tarikh berkenaan.

Nampaknya ramai yang ingin ke Tawau pada tarikh berkenaan kan? mungkin untuk bercuti, mungkin juga untuk menghadiri event seperti perkahwinan ahli keluarga. Tapi dukacita dimaklumkan, J3 Homestay Tawau memang sudah fully booked ya untuk penghujung Mei hingga ke awal Jun nanti. Suka kami nasihatkan di sini, sekiranya tidak ingin terlepas menginap di J3 Homestay Tawau, silalah membuat tempahan awal. Deposit hanya RM50 sahaja untuk tempahan dan kami juga akan memberi invois check-in untuk anda selepas pembayaran deposit. Jadi tempahan anda adalah selamat. Ramai yang kecewa sebenarnya kerana sudah tiada kekosongan di homestay kami. Tak mengapa, lain kali kalau datang ke Tawau, cepat-cepat hubungi kami ya. 

Kepada yang telah membuat tempahan awal, terima kasih. Kepada pelanggan yang sentiasa memberi sokongan, terima kasih. Pokok pangkalnya, terima kasih pada semua yang sentiasa memberi sokongan kepada kami. Dengan adanya sokongan anda, J3 Homestay akan kekal berdiri di Tawau sebagai homestay peneraju harga murah untuk anda semua. Trimas ;)



Tempah homestay anda sekarang:
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
E-mail : homestaytawau@gmail.com
FB: www.facebook.com/j3homestaytawau
Twitter: www.twitter.com/homestaytawau
Instagram: @j3_homestaytawau