Saturday 29 April 2017

Tempah Homestay di Tawau Secara Online

Selamat sejahtera diucapkan kepada semua penyokong J3 Homestay Tawau. Hari ini kami ada sedikit kelapangan untuk berkongsi tips bagaimana hendak membuat tempahan homestay dengan kami melalui borang online. Kami sebenarnya sangat-sangat menggalakkan tempahan online kerana ada bukti "bertulis" antara pelanggan dengan kami tentang tempahan yang dilakukan, Kalau main cakap mulut sahaja, kadang-kadang susah juga. Betul tak?

Jadi hari ini kami akan sediakan di bawah ini, borang online kami yang boleh digunakan untuk menempah homestay terus kepada kami. Ianya memang mudah, cepat dan pantas. Kalau tak percaya, cubalah. Selain dari itu, anda juga boleh menghantar tempahan homestay kepada pihak J3 Homestay Tawau melalui Whatsapp. Cuma perlu klik pada link http://J3Homestay.wasap.my dan anda akan terus dapat menghantar tempahan homestay kepada kami melalui Whatsapp tanpa perlu save dahulu no. telefon kami. Mudahkan? Jadi tunggu apa lagi? Kini sudah ada dua cara mudah untuk membuat tempahan homestay  di J3 Homestay Tawau. Jadi jangan berlengah lagi. Sila buat tempahan anda sekarang ;) 




Friday 14 April 2017

Homestay 4 Bilik Paling Murah Di Tawau

Tawau Homestay

Selamat sejahtera. Lama kami tak online. Mana tahu ada yang terlupa, J3 Homestay Tawau menawarkan homestay 4 bilik yang paling murah di seluruh Tawau. Hanya perlu bayar sedikit untuk kepuasan yang maksimum. Paling best, book seminggu awal, potongan harga sebanyak 5% akan diberi.

Kalau nak tahu, sebenarnya J3 Homestay unit Taman Semarak Bal ini terletak berdekatan dengan bandar Tawau dan juga beberapa tempat menarik yang lain di Tawau. Jika anda berjiwa "nature" mungkin anda akan gembira mengetahui bahawa J3 Homestay Tawau terletak hanya beberapa minit dari pusat pelancongan Taman Bukit Tawau, Bukit Gemuk dan juga Bukit TV. Di Taman Bukit Tawau misalnya, anda boleh menikmati keindahan alam semulajadi sambil berselfie di depan pokok yang paling tinggi di Asia Tenggara. Hebat kan?

Bagi yang suka membeli-belah, J3 Homestay Tawau memang sangat dekat dengan Pasar Tanjung, Pasar Gantung, Eastern Plaza, Pusat Komersil Jalan Guru dan Juga Pusat Komersil 1Arena. Memang boleh berbelanja sakan dan makan makanan yang best-best di tempat yang baru disebutkan tadi tu.

Ciri-ciri homestay:
4 bilik tidur/ 3 bilik air
Aricond di bilik tidur utama untuk keselesaan
Kipas siling di semua bilik lain termasuk ruang tamu
3 Katil bersaiz queen & 2 katil saiz single
Extra tilam dan bantal untuk tetamu yang ramai
Mesin basuh auto & percuma cecair pencuci
Periuk nasi, seterika, peti sejuk, kuali dan peralatan masakan & dapur gas

Kenapa perlu pilih J3 Homestay Taman Semarak?
Jarak dari bandar Tawau hanya 10 minit
Jarak dari kompleks sukan Tawau 2 minit
Dekat dengan tempat pelancongan Taman Bukit Tawau
Di kompleks perumahan homestay ada pasar, pasaraya, klinik, restoran 24 jam dll

Rate:
RM190/mlm ( 1 mlm - 3 mlm)
RM150/mlm ( 4 mlm - 10 mlm)
RM130/mlm ( 11 mlm ke atas)

Potongan harga 5% untuk tempahan awal

Berminat? Whatsapp J3 Homestay Tawau di talian 011-3966-3963. Pat Pat Siku Lipat, Siapa Cepat, Dia Dapat ;)

Tempah homestay anda sekarang:



H/P: 011-3966-3963 (call/sms/whatsapp)
Whatsapp Booking: http://j3homestay.wasap.my
FB: www.facebook.com/j3homestaytawau
Twitter: www.twitter.com/homestaytawau
Instagram: @j3_homestaytawau