Deposit & Bayaran

DEPOSIT

Deposit sebanyak 50% dari jumlah keseluruhan sewa akan dikenakan apabila tempahan sudah dipersetujui oleh kedua belah pihak, iaitu pihak J3 Homestay Tawau dan juga bakal penyewa.

Deposit hendaklah di kreditkan ke akaun J3 Homestay Tawau dalam tempoh 3 hari selepas tempahan di persetujui oleh kedua belah pihak.

Deposit akan dikembalikan sepenuhnya apabila pihak bakal penyewa membatalkan tempahan dalam tempoh masa 36 jam SELEPAS membuat deposit ke akaun J3 Homestay Tawau.

Deposit tidak akan dikembalikan sama sekali (non-refundable) sekiranya pihak bakal penyewa membatalkan tempahan SELEPAS 36 jam membuat deposit ke akaun J3 Homestay Tawau.




BAYARAN

Bayaran penuh bagi sewa homestay hendaklah diserahkan secara tunai kepada J3 Homestay Tawau pada hari penyewa menerima kunci rumah dari pihak J3 Homestay Tawau.

Sekiranya pihak penyewa bercadang hendak menambah lagi bilangan hari menginap, jumlah bayaran tambahan itu mesti diserahkan kepada pihak J3 Homestay Tawau setelah bilangan tempoh sebenar hari menginap telah tamat.

Sekiranya pihak penyewa keluar lebih awal sehari dari tempoh yang sebenar, maka pihak J3 Homestay Tawau akan mengembalikan semula bayaran lebihan selama sehari itu.


NO AKAUN J3 HOMESTAY TAWAU

Atas sebab-sebab keselamatan, pihak J3 Homestay Tawau tidak akan mendedahkan no akaun di dalam laman blog ini. Bagi tujuan deposit, pihak J3 Homestay Tawau akan memaklumkan melalui emel atau telefon no akaun berkenaan.


 Klik dan Tempah!

No comments:

Post a Comment