Mengenai J3 Homestay Tawau

Homestay Tawau


Berikut adalah ciri-ciri menarik mengenai J3 Homestay Tawau:


RUANG TAMU
Set sofa, meja, set televisyen + pakej Astro Njoi, kipas berkawalan jauh

DAPUR
Set meja makan, periuk nasi, cerek air elektrik, pinggan mangkuk, sudu, gelas, kuali, dapur gas, tong gas, pisau, penyapu, penyedok sampah, tong sampah, cecair pencuci pinggan, cecair pencuci tangan. Kami juga turut menyediakan beras, garam, gula, bawang, kicap untuk memudahkan anda memasak nanti.

BILIK TIDUR (4 Bilik Tidur)
Bilik tidur utama dilengkapi dengan penghawa dingin manakala bilik tidur yang lain dilengkapi dengan kipas siling. Bilik tidur utama  juga dilengkapi dengan katil divan queen size, bilik tidur kedua dilengkapi dengan katil divan single size, bilik tidur ketiga dan keempat dilengkapi dengan katil queen size. Semua bilik tidur lengkap dengan cadar, comforter dan bantal.

BILIK AIR (3 Bilik Air)
Tandas, sinki, baldi, besen, cecair mandian, syampu, cermin muka, penggantung tuala

RUANG UTILITI
Mesin basuh, cecair pencuci baju, penyidai baju, ampaian baju mudah-alih, seterika


Kedudukan J3 Homestay Tawau juga adalah amat strategik dan berdekatan dengan Bandar Tawau:

 *Hanya 8 minit  dari Bandar Tawau, Eastern Plaza, Pasaraya Besar Giant, Pasar Tanjung Tawau, Pasar Gantung dan Pasar Minggu Takada.

*Terletak berdekatan dengan Kompleks Sukan Tawau, sekolah-sekolah dan masjid.

*Ada pondok polis, pasaraya, cold storage, pasar ikan dan sayur, restoran, bengkel, salun & klinik 1 Malaysia dalam jarak 1-2 minit dari kawasan homestay.

*Hanya 15 minit dari pusat rekreasi & pelancongan Taman Bukit Tawau (Tawau Hills Park). Di sini anda boleh melihat pokok yang tertinggi di Asia Tenggara dan juga air terjun yang menarik.

*Mudah mendapatkan pengangkutan awam. Ada perhentian bas dalam lingkungan 40 meter dari kawasan homestay.

*Penduduk di sekitar homestay terdiri daripada polis, tentera, guru, jururawat. Kawasan kejiranan adalah baik & selamat.


 Klik dan Tempah!


No comments:

Post a Comment